Blogger Backgrounds

Followers

Tuesday, 16 October 2012

T-ara @ Malaysia Showcase

Tiket T-ara Showcase en. suami yang belikan. 
So memang excited la nak pegi tengok.
walaupun showcase jer. Thanks to jazzy group yang bawak dorang ke Malaysia.






Ramai giler fans kat Dewan Wawasan. Paling best dapat dengar mereka nyanyi live.  
Walaupun hanya 6 lagu. Tambah pulak dengan encore. Kira 7 la kan.
Nama pun showcase so,tak banyak la lagu. 

Tuesday, 2 October 2012

Ohh......Haeundae Lover

Best gler drama nie. Kalau ada kelapangan silalah layan. 
Walaupun hero dan heroinnya tak berapa dikenali tetapi lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon membuatkan drama ni BEST
Kadang-kadang layan kat chanel kbs 391 kat astro. 
Setiap hari isnin dan selasa pukul 9 malam. 
Memang lawak habis la. Nak tunggu untuk episod seterusnya pun tak sabar!
Boleh tak kalau ada drama melayu copy drama nie? aku nak tengok gak mcm mana..hihihi

Tiap-tiap malam tengok dengan suami drama nie. 
Dengar dorang cakap dialek Busan memang la rasa pelik..hahaha...
Tak sabar nak tunggu ending..
mesti rindu kat nam hae dengan so ra.





Click sini untuk baca dekat wiki.

Lama tak update.

Salam..

Wahh.dah lama glerrr tak update blog. Hehehe...walaupun ade sesiapa baca. Aku jugak yg syok sendiri.

Banyak kot tak update.
:: Pasal Puasa
:: Pasal Hari Raya
:: Pasal tak bekerja
:: Pasal drama Korea baru
:: Pasal suami yang comel
:: **sigh**

Bukan malas update, cuma dah lama sesangat tak bukak Laptop. Asik guna handphone je bukak internet. So, tak ade masa nak menaip. Logik tak reason aku? betul la! tak percaya pulak dah. huhuhu..

Okeylar....

Sunday, 12 August 2012

Happy BirthDay to My Hubby


We Fight, We make up,
We share secrets over a coffee cup.
Sometimes you are my friend,
Sometimes you are a guide,
You are the person in whom I take pride.
May you get the best of everything in Life!
Happy BirthDay,sayang!





Saturday, 4 August 2012

layan Ghost/Phantom

Yeah layan cerita korea baru "Ghost"!! Lepas abis drama "Miss Ahjumma" aku tak tau nak tengok cerita apa. Entah macam mana boleh tertengok drama "Ghost". Masa mula tengok ingatkan citer antu ke apa. Rupanya pasal seorang hacker dan detektif. Ingatkan nak download je, tapi bila tengok kat 393 rasa best je sebab ada malay sub. Gambar pun cantik. Hehehe. Rasanya citer ni kat korea dah habis tayang. 
Dekat chanel 393 belum lagi. 

Aku tengok cerita nie sebab ada So Ji Sub. lakonan yang mantap! Heroin pulak Lee Yeon Hee, tak perasan mula2 sebab muka dia macam lain. Lepas tue baru cam rupanya dia berlakon  dalam Paradise Ranch dengan Changmin (DBSK). Jum tengok!




Credit to : Korean Drama

Synopsis
‘Ghost’ tells the story of the cyber investigation squad fights against the cyber crimes.
Kim Woo Hyun (So Ji Sub) is the only son of a high ranking police officer. He entered the police academy ranked first and graduated from the academy ranked first. As a detective, he then joins the cyber investigation department together with Yoo Gang Mi (Lee Yeon Hee). Woo Hyun then works to reveal the secrets of those that hide within the cyber world.

Cast

Main Cast
So Ji Sub as Kim Woo Hyun
Lee Yeon Hee as Yoo Gang Mi
Uhm Ki Joon as Jo Hyun Min
Kwak Do Won as Kwon Hyuk Joo
Song Ha Yoon as Choi Seung Yeon

Cyber Investigation Team
G.O as Lee Tae Kyun
Kwon Hae Hyo as Han Young Suk
Im Ji Kyu as Byun Sang Woo
Baek Seung Hyun as Kang Eung Jin
Bae Min Hee as Lee Hye Ram












~Terima Kasih Membaca Entri Saya~

Petua hilangkan Sakit Kepala



Macam yang dijanjikan hari tu aku ada bagitahu nak bagi petua untuk hilangkan sakit kepala. Petua nie mak aku selalu guna.


Bahan-bahan:

Timun
Air
Ais

Cara-Cara: -
" Ambik timun dan cincangkan timun tu. 
Lepas itu masukkan air sedikit. Kemudian tambah ais. Dan lumur kan atas kepala."


Buat banyak kali sampai terasa kepala kita rasa sejuk sikit. Kalau sakit lagi tepek lagi. Macam itulah caranya. Aku pernah try masa itu betul-betul sakit kepala yang amat. Makan ubat pun tak berkesan. Sampailah mak aku cakap cuba try guna timun. Lepas try mmg kepala akan rasa sejuk. Sedap je rasa. Lepas tu baru lega sikit. Kepala pun dah tak rasa berdenyut.

Untuk petua yang lain boleh tengok kat sini, aku suka dengan cara untuk menghilangkan sakit kepala. Banyak contoh yang dia bagi.

(source: google) 






Kegunaan Timun: 

timun disapu pada wajah untuk mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit
bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan timun baik untuk kulit
hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata
timun dimakan setiap hari membantu mengawal ekzema, atritis dan gout
bermanfaat kepada mereka yang bermasalah pada paru-patu, perut dan dada
Potasium berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah


Credit untuk gambar dan kegunaan timun kepada juslemon-justembikai.







~Terima Kasih Kerana Membaca Entri Saya~

Friday, 3 August 2012

ubat untuk kronik migrain

Apa ubat untuk migrain yang kronik? Ikutkan kalau aku telan ubat jer. Memang  tak boleh tahan kalau tak makan ubat. Sakit kepala tu rasa macam menyengat je. (Hanya orang pernah rasa migrain je faham.

Nak dijadikan cerita 3 hari lepas aku ada tonton rancangan dari korea tajuk VITAMIN. Dalam rancangan itu mereka jemput doktor dan juga ada beberapa selebriti. Topik hari tu tentang "headache & migrain". 

Tips doktor untuk penyakit migrain nie :

  1. Duit- Agaknya kalau ada duit sakit kepala pun hilang. Stress pun tak ade..:)
  2. Ais - Ais kegunaan dia untuk letak dekat kepala tempat yang sakit tue untuk sejukkan kepala yang panas.
  3. Botox- Cakap doktor tu lagi, kalau ambil botox boleh hilangkan stress dan sekaligus boleh hilangkan sakit kepala. Berdasarkan kepada patient dia yang punya pengalaman.
  4. Hindarkan Chocolate- Mula-mula aku pun kurang percaya bila dengar kalau kita makan chocolate boleh sakit kepala. Kata doktor tu memang kalau kita makan chocolate akan sakit kepala.
  5. Hindarkan Kacang,Tomato- Kurangkan pengambilan kacang dan tomato ketika sakit kepala.
  6. "Scolding husband" -  Yang ni agaknya kalau dapat marah a.k.a luahkan perasaan sebenarnya. Lol.
Itu ajelah yang aku dapat dari rancangan VItamin. Next entri mungkin aku boleh share petua utk sakit kepala kalau tak makan ubat. Sekian..:)






~Terima Kasih Kerana Membaca entri saya~