Blogger Backgrounds

Followers

Tuesday, 31 January 2012

Andai Lelaki tahu



Apa anda akan rasa kalau boyfriend/girlfriend anda tak letak gambar korang berdua kat handphone dia?


Maksudnya tak letak gambar anda untuk wallpaper. Selama beberapa minggu,bulan,tahun couple tapi tak pernah sekali pun letak gambar anda . Apa yang anda akan rasa?

Mungkin kita akan fikir:


Emm,aku tau walaupun dia tak letak gambar aku tapi dalam handphone dia ada gambar aku. Penuh semuanya gambar aku.

ataupun,


Aku tau dia tak nak expose muka aku sebab tu dia tak letak.


ataupun,

Dia tak sayangkan aku pun sebab tu tak nak letak gambar aku.

Terlalu banyak tanggapan sampai satu saat akan buat kita berfikir kenapa dia buat macam tu. Mungkin kita tak akan pernah dapat jawapan. Jawapan yang terlalu ingin kita ingin ketahui kenapa tak pernah dia letak gambar kita?

Selalunya,kalau perempuan akan letak gambar dia dengan boyfriend/husband sebagai wallpaper. Tak kira la dekat handphone ke laptop ke atau kat facebook dll. Kenapa selalunya perempuan buat macam tu? Itu tandanya dia sayangkan lelaki tu. Sangat sayangkan dia.

Pernah juga bila kita tanya kenapa dia tak letak? Mesti dia jawab,Takkan sebab itu nak terasa. Takkan sebab itu nak marah dan seterusnya.

Seandainya lelaki tahu......





Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu mudah terasa.


Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu mudah menangis kerana perkara kecil.


Se-andainya lelaki tahu yang perempuan itu ingin dicintai sepenuh hati.


Se-andainya lelaki tahu perempuan memang mudah merajuk dan senang dipujuk.


Jom layan lagu Ayumi Hamasaki, Hanabi.


~Terima Kasih meluangkan masa membaca entri saya~

Sunday, 1 January 2012

As Salam~

As Salam~

Nama Blog "kampung penguin" di ambil dari kartun Dr Slump Arale. Arale dan Dr Senbei tinggal dekat kg penguin. Lagipun suami pun selalu cakap muka aku macam arale chan. >.<'. LOL

Ada sesetengah entri akan diambil dari blog lama aku usagi-wanie. Hmm tak boleh nak explain kenapa aku buat yang baru. Sebab utamanya mungkin penulisan aku dulu bercampur dengan apa yang aku minat.( k-pop)

Semoga blog yang baru ini dapat beri inspirasi dan dapat aku update selalu. Harapnya. :)


~Terima Kasih meluangkan masa membaca entri saya~

-wanie-