Blogger Backgrounds

Followers

Sunday, 13 May 2012

Hadiah Kahwin


Tahun 2012, wah ramai kawan aku masa diploma dulu nak kahwin. Adui nak pergi pun bukannya ada kereta. Apa nak buat kirim hadiah jer lar. Suka tengok orang kahwin nie. Teringat pulak masa time aku tahun lepas,hahaha.....bila dah ada orang kahwin ni mesti kena cari hadiah kan. hmm nak cari apa ek.

Nak beli hadiah kahwin?
Buntu?
Tak tahu nak beli apa?
Hahaha sama macam aku . .

Kononnya nak bagi hadiah kat member,
nak bagi hadiah yang paling gempak,
tapi last-last tah hape hape yang aku kasi.

Kenapa jadi macam tu?
sebab dari awal tak prepare,
dan last minute kelam kabut.

Apa nak bagi untuk orang kahwin. Yerlah selain dari satu set gelas/cawan. Tapi depends dengan budget la kan. Ada gak contoh lain. Klik sini.


  • Kristal - Hmm,kalau orang cina mesti beli kristal. Sebab apa? kristal nampak mahal dan sangat cantik. Ada macam-macam jenis bentuk kristal. Contohnya:
  1. Set Gelas
  2. Pasu Bunga
  3. Mangkuk dan lain-lain

  • Toaster - Kalau nak bagi toaster,beli lah yang ada brand. So, xder la cepat rosak. Biasalah kalau beli alat letrik ni mesti nak beli yang ada brand. Betul tak.


  • Towel - Kalau nak lagi bagus kalau beli yang ada tulis Selamat Pengantin Baru. Kalau tak ada pun tak ape asalkan towel. Ada seseorang yang aku kenal pernah cakap, dia masih simpan towel yang orang bagi masa wedding dia. (wow, agaknya nak dekat 20 tahun kowt......)

  • Blender - Hah, masa aku dapat hadiah dulu blender lah yang aku suka sekali. Sebabnya aku memang guna blender untuk blend cili kering. But ,the thing is blender memang banyak kegunaannya kalau rajin memasak. Kalau tak memang tak guna la jawabnya.

  • Frame/ Album Gambar - Memang frame gambar/album sangat-sangat diperlukan untuk pengantin sebabnya boleh letak gambar yang mereka sendiri cuci. Tak pun masa pergi honeymoon. jadi album sangat penting.

  • Tea Maker/coffee maker - Boleh juga nak bagi tea/coffee maker. Best kot kalau dapat. tak de lah susah-susah nak buat teh bila korang datang kat rumah. Hehe.

  • Cokelat/kek - Zaman sekarang ni, ramai yang empah cokelat untuk jadikan hadiah kahwin dan ada jugak untuk hantaran. Yang mana aku jugak ada tempah untuk kawan aku dan satu lagi untuk hantaran kahwin sendiri.  

p/s : byk lagi. Cuma belum sempat update semua. Boleh tengok dekat sini hadiah kahwin.





~Terima Kasih meluangkan masa membaca entri saya~


Saturday, 12 May 2012

Sekuntum Bunga


Tak kisah la bunga apa,dari bunga mawar hatta bunga tahi ayam pun. Tetap sama..bunga juga. Cuma maksudnya je yang berlainan. Bunga mempunyai maksud yang tersirat dan sangat mendalam untuk orang yang menerimanya. Walaupun hanya sekuntum,tetap akan disimpan sehingga kering. Malah kadang-kadang daun bunga yang kering tu disimpan dalam celahan muka surat buku.

Untuk orang yang selalu menerima bunga,mesti sangat seronok dan bangga. Dan sebaliknya untuk orang yang tak pernah terima bunga. Mereka beli sendiri. Untuk menikmati sendiri. Ada juga yang tak pernah beli sendiri dan tak pernah terima bunga dan hanya lihat dari jauh sahaja. Bunga oh bunga. Mempunya 1001 maksud. 


Untuk lelaki,

Untuk lelaki yang tak nak beli bunga untuk si dia,
You should buy. They need it.
why? it shows how much you love her. 

Untuk lelaki yang cakap hanya buang duit beli bunga yang tak sampai sehari pun dah layu,
You should buy. Bunga memberi maksud pada perempuan. Perempuan dan bunga tak pernah berpisah.
why? it shows how much you love her. 

Untuk lelaki yang memang tak nak beli dan tak pernah terdetik pun nak beli,
You should buy.jgn kedekut sgt. Jangan sampai si dia terasa hati dan tinggalkan anda!
why? it shows how much you love her. 


Hanya dengan sekuntum bunga mampu membuatkan hati seorang perempuan rasa bahagia,

Hanya dengan sekuntum bunga mampu membuatkan seorang perempuan tersenyum,

Hanya dengan sekuntum bunga membuatkan perempuan rasadihargai,

Hanya dengan sekuntum bunga mampu untuk menceriakan hari seorang perempuan,

Dengan hanya sekuntum bunga.




~Terima Kasih meluangkan masa membaca entri saya~